Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan ridha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kekurangannya.
~ Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku,
agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu & meniti
usia tua bersama. Ya Allah, berikanlah nikmat kesehatan yang baik
untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga &
melindungi kami sekeluarga.. Ya Allah,Kekalkanlah hati-nya hanya buatku
hingga ke Jannah & lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat
dunia ni. Amin ~